Mersawa gajah

Pokok Mersawa Gajah merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya *Anisoptera scaphula (Roxb.) Pierre. [1]Pokok Mersawa Gajah di Taman TuguPokok Mersawa Gajah adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.Ciri-ciri fizikalPokok ini merupakan pokok malar hijau yang tinggi yang tumbuh sehingga 45m tinggi dan 135cm diameter. Batang pokoknya berbentuk silinder dan berpermukaan berkelupas dan berjejalur. Dedaunnya ringkas dan susunannya berselisih. Pokok ini menghasilkan buah kekacang yang bersayap berukuran 1.6cm diameter dengan cuping kelopak yang sempit pada bukaan kacangnya.KegunaanKayu pokok ini digunakan untuk permbinaan dan penghasilan perabot.HabitatPokok-pokok ini boleh ditemui di dalam hutan tropika Malaysia, Singapura, Thailand, dan Vietnam.